Wednesday, April 30, 2008

Fruited Brioche Buns



Bahan-bahan doh:

225 g tepung high protein (strong white flour)
½ sudu kecil garam (paras rata)
1 sudu besar gula
1 ½ sudu kecil yis kering segera
2 biji telur (large) } pukul sket
50 g mentega } cairkan
2 sudu besar air suam

Bahan-bahan inti:

70 g buah campuran kering (mixed dried fruit)
1 sudu kecil gula perang – kak Noor tak buh pun ni sbb tak suka manis
2 sudu kecil jus oren

Utk sapuan:

½ biji telur + 1 sudu besar susu segar } pukul sket ---> ni kalau tak abis wat aje scramble egg
½ sudu kecil mentega cair } utk kasi kilat

Cara membuat:

Campurkan bahan2 utk inti, tutup dan ketepikan
Ayak tepung bersama garam ke dlm mangkuk besar.
Masukkan gula dan yis, gaul sekata
Buat lubang di tengah kemudian masukkan telur, mentega dan air
Uli sehingga lembut dan kenyal lebih kurang 10-15 minit
Letakkan dlm mangkuk yg telah disapu sket minyak, tutup dgn cling film
Biarkan ianya mengembang 2 kali ganda selama 1- 1 ½ jam
Uli semula doh selama 1-2 minit kemudian bahagi doh kpd 12 bahagian yg sama berat
Ambil satu bahagian doh leperkan kemudian masukkan inti dan tutup balik kemas2
Ulang sehingga habis
Susun kedlm muffin tray yg telah disapu minyak
Tutup dgn cling film selama lebih kurang 20-30 minit atau sehingga naik 2 kali ganda
Sementara itu panaskan oven pd suhu 200 ‘C ( utk oven kak Noor guna 190’C saja)
Sapu bun dgn campuran telur + susu
Bakar selama 10-12 minit
Keluarkan kemudian sapu dgn mentega cair
Sejukkan atas redai besi dan selimutkan dgn tuala bersih (kitchen towel) utk mendptkan kulit luar yg lembut